Wednesday, February 24, 2010

Tazkirah Hari Ini


PERKARA YANG SIA-SIA
(SUFYAN – ULAMA’ TERKENAL)

  1. Lelaki / wanita yang mendoakan untuk dirinya sendiri, tapi tidak berdoa untuk ibu bapa dan muslimin, muslimat.

  1. Lelaki yang masuk ke masjid, kemudian keluar tanpa solat di masjid itu.

  1. Orang yang melalui tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam dan tidak mendoakan kesejahteraan untuk ahli kubur.

  1. Lelaki / wanita yang tinggal dalam satu lingkungan orang yang alim ulama’, tapi tidak menambah ilmunya melalui ulama’ itu.

  1. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu sahaja tanpa menuntut ilmu dan mempertingkatkan budi pekerti.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger